Najib Umum Tawar Diri Pertahan Jawatan Presiden UMNO Petang Ini

Senin, 16 Desember 2013 0 komentar


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun dijangka akan mengumumkan pendirian beliau untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada satu sidang media di ibunegara petang ini.

Sumber berkata, sidang media itu akan diadakan di sebuah hotel terkemuka selepas merasmikan sebuah persidangan.

Najib yang memenangi jawatan Presiden UMNO pada 2009 difahamkan akan menyerahkan borang pencalonannya ke ibu pejabat UMNO pada esok hari sebelum berlepas ke Amerika Syarikat untuk lawatan kerja.

Setakat ini Mynewshub difahamkan belum ada mana-mana pihak atau pemimpin yang akan menentang Najib untuk jawatan berkenaan.

Malah, Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang diwar-warkan untuk mencabar najib dijangka akan hanya bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi sahaja.

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 hal informasi