Pelakon Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani, 40, sudah memasuki senarai artis yang sudah berhijrah dengan mengenakan hijab sebagai imej terbaru mereka.
Kuza memberitahu dia sudah mengenakan tudung sejak bulan Ramadan lalu kerana merasakan sudah sampai masanya untuk melaksanakan tuntutan menutup aurat buat Muslimah sepertinya.
“Saya mula berhijab ketika masuk bulan Ramadan yang lepas. Niat saya tiada lain hanya kerana Allah SWT kerana bagi saya, sudah sampai masanya dan saya telah bersedia dan InsyaAllah saya akan kekal dengan imej begini,” katanya di portal Murai.
Ibu anak tiga ini juga memohon agar semua pihak tidak tersalah tafsir dengan mengatakan imej terbarunya itu sebagai salah satu trend dan fesyen sebaliknya dia memang sudah lama memasang niat untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan itu.
“Lagipun umur saya sudah memasuki 40 tahun. Sesuai kiranya saya mendekatkan diri kepada Allah,” ujarnya lagi.
Oleh: AUDREY LEE
0 komentar:
Posting Komentar